Labels

1 (2) ALBUM KELUARGA (1) ANAK-ANAK (1) BERITA (9) BETUL KE NI ? (4) CERITA HARI INI........ (12) KREATIF (1) LAWOK KO DOK ? (3) MINDA (5) TEKA TEKI SEPANJANG ZAMAN (2)
Showing posts with label CERITA HARI INI......... Show all posts
Showing posts with label CERITA HARI INI......... Show all posts

Monday, January 14, 2013

BURGER SCRAMBLE

Burger scramble
Assalamualaikum...malam ni aku rasa malas nak masak,aku ajak suami pergi mini market kat Lembah Sentosa cari apa yang patut,aku tengok ada burger Ramli so aku pun belilah.Balik rumah aku pening ...apa nak buat dengan daging burger ni,pikir punya pikir terbit lah idea nak buat scramble ,biasanya orang buat scramble pakai daging cincang tapi aku tak kira,dah itu je yang ada,antara bahan-bahan  yang aku pakai
  • Telur 2 biji
  • Aji-sho
  • Sos tiram
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Bawang besar
  • Bawang putih
Mula-mula aku goreng daging burger tu separuh masak kemudian aku tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau,lepas tu aku masukkan balik daging burger tu,aku cincang daging tu sambil menggoreng sehingga hancur ,aku masukkan aji-sho kemudian sos tiram,lepas goreng lagi sehingga masak kemudian dah boleh angkat,aku toskan agar tak banyak minyak yang trlekat dekat daging tu sebab suami dan anak-anak aku tak suka makanan yang berminyak,lepas tu aku pecah kan telur kedalam mangkuk dan kacau macam nak buat telur dadar selepas tu aku masukkan daging tadi kedalam mangkuk yang berisi telur tu dan kacau sikit lagi,kemudian aku masukkan campuran daging dan telur tadi tu kedalam kuali yang betul-betul panas .Aku hanya masukkan satu sudu setiap kali goreng sebab nanti senang nak letak atas roti sandwich.Setelah habis menggoreng aku pun letakkan atas roti sandwich dan taruk sos cili dan mayonis dah siap.Suami aku makan dua set ,sementara aku dan anak-anak satu set sorang ,dah settle makan malam kami.Cukuplah untuk malam ni nanti besok aku tulis lagi kalau panjang umur...

VIDEO LANGKAH PERTAMA HADI


Saturday, January 12, 2013

SELAMAT HARI LAHIR HADI

Kek olok olok yg kakak2 Hadi sediakan
Suami dengan angsa yg baru disembelih
 Assalamualaikum ,hari ini genaplah setahun umur Hadi,dia pun dah mula bertatih ,mulut pun dah mula rancak ,nakalnya bukan main tak terlayan aku.Sekarang aku dah mula sibuk selepas sebulan musim hujan merehatkan aku.Suami pun dah mula masuk opis 2 3 hari lepas jadi aku terpaksa mengambil tugasnya di cc pd sebelah pagi.Besok Along dan Irah dah mula ada kelas fardhu ain maka bajet pun kena lebih sikitlah,tapi Allah maha kaya ,hujan pun dah reda so adalah lebih sikit bajet cukuplah utk kami hidup secara sederhana.Hari ni walaupun birthday Hadi ,kami
tak buat apa-apa yg special.Walaupun kami tak menyediakan apa-apa tapi hari ni tiba-tiba mek buat keputusan untuk mengorbankan angsa kesayanganya.Katanya kesiankan angsa tu sebab takde pasangan asyik memanggil  kawan-kawan dia je .Suami pun pergilah sembelih angsa tu so hari ni dapatlah kami makan daging angsa 4 the first time.Mek buat sup ,sedap sehingga menjilat hidung.Tapi yg paling best hati dia,langsung tak sama dgn hati ayam atau itik,hati angsa tak berbau hanyir dan takde langsung rasa pahit.Menurut suami ,angsa ni takde hempedu, puas suami cari tapi tak jumpa.Adakah angsa ini saja begitu atau semua angsa lain aku pun tak tahu.Kalau ada sape-sape yg tahu tlg inform ye!Tapi bila aku surf internet aku dapat tahu yg hati angsa ni adalah gourmet bagi western.Akhirnya dapat jugak aku merasa daging angsa.
Cukuplah rasanya untuk hari ni,besok aku cerita lagi,kalau panjang umur...

Friday, January 11, 2013

LANGKAH PERTAMA HADI

Assalamualaikum ...
Agaknya beginilah menteri kita tidur
belajar bertatih sendiri
mek membantu
Esok 12-01-2013 genaplah umur mohd nadzran hadi satu tahun ,selamat hari lahir anak ibu semoga hadi akan sentiasa di bawah lindunganNya amin... Dah seminggu aku tak buat catatan sebab sibuk dengan hadi yang dah nak memulakan langkah pertamanya ,ditambah pula dengan masaalah kakak dia along yg sakit perut sebab allergik seafood,banyak juga benda yg berlaku sejak catatan terakhir aku hari tu,kambing mek aku Merah dah selamat dikorbankan akibat sakit sempena musim hujan(sakit kesejukkan).Malam ni anak-anak dara aku takde,diorang tidur rumah mek(mertuaku)mek nak bawa diorang pergi tengok persembahan dikir barat.Aku dgn Hadi melepak dengan Abah diaorang kat cc.

Friday, January 4, 2013

PETA MINDA


     Assalamualaikum.....
   Hari ni cuaca cerah sedikit.bolehla aku jemur ape yg patut ,maklumlah dah berminggu hujan tak reda...rumah pun dah berbau semacam aje .Hari ini anak -anak bangun pukul 10 maklumlah tak sekolah.Hari ini aku buatkan cekodok pisang untuk brunch yalah dah pukul 11 pagi, tapi sebelum jumaat aku dah siapkan makan tengahari sebab abah mereka nak makan lepas balik sembahyang jumaat.Hari ini menu ringkas aje masak sup ayam , goreng telur dadar dan sambal tempoyak yang suami aku buat dua hari lepas ,itupun dah cukup baik maklumlah musim hujan ni
Topik utama aku hari ini ialah pasal peta minda atau mind maps.
 balik -balik saja dari sekolah along anak sulong aku mengamok nak pergi ke kuala krai nak pegi beli peta minda katanya semua kawan kat dalam kelas dia dah beli ,aik setahu aku peta minda kena buat sendiri bukannya beli takkan peta minda kita nak kena beli buat ajelah sendiri tapi dia tak nak dengar berkeras nak pergi beli aku cakap cari ajelah kat internet bahan buat rujukan lepas tu buatlah sendiri.Kalau semua benda nak kena beli kopaklah poket bapak dia."nantilah ibu cari dalam internet",kalau dah jumpa ibu  print aje tak payah nak beli -beli. aku pun surflah kat internet, punyalah banyak cikgu -cikgi masukkan dalam blog mereka tapi satu haram pun tak boleh nak print boleh view aje aaik takkan benda ni pun nak berkira .Lepas tu tengah aku surf terjumpalah satu software ni untuk buat peta minda.aku download di sinihttp://www.edrawsoft.com/freemind. tak susah pun.Dia dah bagi tutorial kat situ.Akhirnya aku dah jumpa cara utk save bajet.Rujukan aku cari je dlm blog-blog cikgu-cikgi .Korang try la tengok.Dengan software ni kita boleh pilih imej yg kita nak guna untuk peta minda tu ,download je imej-imej yg korang rasa sesuai untuk projek korang tu,korang ikut je tutorial yg diorang tunjuk tu gerenti boleh buat,walaupun trial version aku tak kisah sangat sebab aku pakai deep freeze.Apa deep freeze nanti aku cerita lain kali lah,so aku kena install software ni hari-hari.Nanti kalau aku dapat keygen die aku share lah dengan korang yang berminat.Software ni sangat berguna untuk students sebab sekarang ni dah jadi trend dah benda ni (mindmaps).Okay lah cukuplah sampai sini dulu .....besok aku cerita lagi ...kalau panjang umur.
       

Thursday, January 3, 2013

AKHIRNYA ANGSA ITU SELAMAT DI.........

   Hujan masih seperti semalam ,jalan ke sekolah hank habis, parents hantar anak diorang pakai kereta...maklumlah baru-baru sekolah ni
lepas ni ....nasib korang lah.Hubby saye pakai motor je .Lepas hubby hantar anak sekolah kami sambung tidur sampai pkl 10....amik kau!
Dah tu hujan nak buat ape lagi selain membuta ,kalu tak pasti perut
selalu mintak diisi..
     Hah ni nak cerita pasal angsa semalam tu, pagi tadi hubby pergi rumah mek ,"macammane jadi ke sembelih angsa tu ?"korang nak tahu ape jawab mek...."sayanglah ,kita belalah dia...carikan sekor lagi buat pasangan dia".Alamak melepas aku kali ni..ber ia benar aku semalam siap cari resepi dlm internet.Akhirnya angsa itu selamat di adopt kan oleh mek.Semalam anak-anak aku siap bergambar lagi dengan angsa tu.Habis anak-anak jiran sebelah pakat pergi rumah mek main dengan dia.

Wednesday, January 2, 2013

02 januari 2013(hari angsa)

 Assalamualaikum.......

Hari ni macam hari semalam,hujan belum nampak nak bertenang
gelombang kedua....,cuma hari ni aku bersiap awal .Selepas sembahyang subuh terus siapkan sarapan utk anak-anak alah lempeng dgn nescafe je .Lepas tu terus turun ke rumah mek sebab 
semalam abang dah berjanji dgn mek nak pergi beli angsa.Ada sorang makcik ni ada offer mek seekor angsa dgn harga RM 100 .
Mahal ke ?Biarlah mek kata lama dah mek berhajat nak test daging angsa lagipun kalau ikut harga pasaran lagi mahal,sedangkan anak angsa yg berusia 2 minggu pun dah mencecah RM 150 SEPASANG.Masaalah nye bila dah tengok angsa tu mek dah tak jadi nak sembelih sebab cantik sangat lagi pun ia taklah garang seperti angsa yg selalu aku jumpa.Biasanya angsa ni akan kejar orang selain tuanya tapi yg sekor ni manja dengan sapepun."Nak bagi cucu mek main dulu "kata mek.Walaupun manja, bagi aku baik sembelih aje .Daripada nak kena bagi dia makan lebih baik kita makan dia betul tak?.Hujan -hujan macam ni aku tak tolak rezeki yang datang pulun aje jangan tak pulun tapi nak masak ape ye angsa maklumlah ini kali pertama nak masak angsa  ahh serah pada mek ajelah buat keputusan nak masak apa.Sekarang ni dalam fikiran aku cuma angsa panggang aje yang lain -lain aku tak tahu buat, satu lagi bab buang bulu angsa, potong dan bersihkan angsa ni aku rasa suami aku ajelah yang handle aku malas dan tak reti nak buat.Aku rasa cukuplah dulu cerita hari ini nanti dah dapat resipi nak masak angsa tu aku sharelah.

Tuesday, January 1, 2013

01 januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 

     Hari ini hari pertama kalender 2013 ,usia pun dah bertambah setahun .Anak-anak pun dah bertambah besar.Hari ini hari pertama sekolah anak -anak teruja nak ke sekolah hari ini maklumlah ari pertama persekolahan.Alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupun hujan renyai-renyai.Hari ni cc(tempat aku kerja) lengang 
belah pagi maklumlah kebanyakkan regular customer dah bersekolah.Oleh kerana hujan suami aku pun masih bercuti jadi dapatlah aku luangkan masa di rumah,alah buat ape-ape yg patut.
    Tengahari ni aku cuma goreng ikan tongkol ,dah ade sambal tempoyak ,budu, ulam timun dan kari semalam dah okaylahtu.
Entahlah...takde cerita menarik yg aku nak tulis hari ni.Mungkin besok kalau ade kelapangan,itupun kalau panjang umur......... 

Monday, December 31, 2012

HUJAN OH HUJAN

ASSALAMUALAIKUMM..  


    Hari ini hari terakhir dalam kalender 2012 esok mula tahun baru  .Dari pagi hujan belum menunjukkan tanda -tanda nak reda mungkin gelombang kedua dah nak mula.Perut pun kejap2 berbunyi kalau dulu mak aku selalu rebus ubi musim2 hujan macamni tapi aku.....petang ni suami aku suruh goreng keropok yg ada dlm peti sejuk,lapar katanya padahal baru je habis 2 kpg roti yg di isi dengan sardin lebihan semalam.Musim hujan macam ni kami pulun je ape yg ade,maklumlah opis suami aku tutup dah lebih seminggu sampai hari ni.Hari ni kami sekeluarg makan kari ikan tongkol(ikan ayo)yg mak mertua aku masak,biasalah rezeki jangan ditolak.
   
   Esok anak2 dah mula bersekolah,sunyilah nanti kat rumah ni.Untuk tahun ni persiapan anak2 kesekolah adalah sederhana alah....yg penting2 je."Aksesori2 tu nanti kemarau lah abah beli ..."itu pun kalau murah rezeki.Yang penting uniform dan buku tulis dah ada....yg lain lain tu nanti lah kita usahakan"

  Dah hampir tgh malam....hujan masih belum reda..banjir ke esok ni?........apepun selamat tahun baru.

Friday, November 16, 2012

KENAPA BUNGA KANTAN ?

Korang kenal tak bng kantan ?Biasanya ia tumbuh meliar di hutan ,dlm getah,tepi paya sekarang ni org dah mula tanam secara komersial sebab ia ada nilai yg tinggi.versatile la katakan macam aku
Bunga kantan ni mmg menjadi bahan penyedap dlm banyak masakan contohnya:
asam pedas
tomyam
laksa penang
laksa kelantan
nasi kerabu ah banyak lagi lah !untuk hari ni aku belum lg menyediakan entri yg menarik utk disiarkan mungkin esok atau lusa aku ada cerita utk dikongsi .Setakat ini sajalah utk hari ni ,anok pon tiok doh tu
ASSALAMUALAIKUM.........
 

Wednesday, November 14, 2012

SALAM PEMBUKA CATATAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA UTK TEMAN2 BLOGER JUGA YG SUDI MEMBACA CATATAN SAYA YG TAK SEBERAPA INI.
MAKLUM SAJALAH DLM HUTAN RIMBA NI APA SANGATLAH YG MENARIKNYA.