Labels

Showing posts with label BETUL KE NI ?. Show all posts
Showing posts with label BETUL KE NI ?. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

KETULAN EMAS DIJUMPAI BERNILAI HAMPIR 1 JUTA RM

pakcik kayo
Seketul emas yang bernilai AS$ 318,761(RM 960,364)  telah dijumpai oleh seorang pencari emas.Penemuan ini berlaku di Ballarat,Australia.Pencari emas yg bertuah itu menemui ketulan emas tersebut dengan menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi.Pada saat-saat awal penemuan ,beliau tidak menyangka ia adalah seketul emas, sebaliknya dia mengjangkakan ia adalah kompenan lama kenderaan.Namun begitu rasa ingin tahu begitu begitu kuat mendesaknya supaya menggali objek yang dikesan oleh peralatanya.Akhirnya tuah menyebelahinya apabila mendapati objek tersebut adalah seketul emas seberat 5.5 kilogram dan berukuran 60 cm panjang yang tebesar sejak Ballarat menjadi pusat penggalian emas .Ballarat menjadi pusat penggalian emas sejak 1850 lagi.Ramai yang menyifatkan penemuan tersebut adalah luarbiasa.Ballarat dijangka akan menjadi pesat setelah penemuan ini

Friday, January 11, 2013

ADA BERANI ?


Suami diarah bayar bekas isteri RM791,180 sehari



ROM - Bekas perdana menteri Itali juga merangkap 10 orang terkaya ., Silvio Berlusconi mengecam tiga hakim wanita sebagai feminis dan komunis kelmarin kerana memutuskan beliau berhutang AS$260,000 (RM791,180) sehari kepada isterinya berhubung penyelesaian perceraian mereka.
Pada 28 Disember tahun lalu, akhbar Corriere della Sera melaporkan keputusan mahkamah itu dengan Berlusconi diarahkan membayar jumlah tersebut kepada Veronica Lario yang dikahwininya pada 1990.
Ini adalah kali pertama Berlusconi mengeluarkan kenyataan terbuka tentang penyelesaian perceraian mereka. Namun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada isterinya.
"Mereka mengarahkan saya membayar AS$260,000 sehari dan ini mendedahkan siapa sebenarnya hakim-hakim di Milan itu," kata Berlusconi dalam satu wawancara bersama saluran televisyen La7.
"Mereka ialah tiga hakim feminis dan komunis," tambahnya.
Dalam wawancara tersebut, Berlusconi mengulangi dakwaan sebelum ini bahawa ketiga-ketiga hakim Milan itu telah mendakwanya sejak beliau menceburi politik pada 1994 kerana menentang fahaman politiknya.
Pada Oktober tahun lalu, sebuah mahkamah di Milan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Berlusconi kerana menipu cukai dengan beliau merancang merayu hukuman tersebut.
Pemimpin berusia 76 tahun itu kini bertanding untuk penggal kelima dalam pilihan raya Parlimen yang dijadualkan pada 24 dan 25 Februari depan.
Lario mengemukakan perceraian daripada bilionair itu pada 2009 selepas mendakwa beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang gadis berusia 17 tahun yang merupakan penari eksotik.
Menurut Berlusconi, beliau kini merayu keputusan mahkamah berkenaan. - Reuters


Thursday, December 20, 2012

RAMALAN KIAMAT NOSTRADAMUS DAN TARIAN GANGNAM STYLE

NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?


Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Beberapa ramalan  Nostradamus yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion.

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.
Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.


“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus.

Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? 
Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. - Agensi
[sekadar info saja... baca boleh, percaya jangan]

Friday, November 16, 2012

PIRAMID DI MALAYSIA ?

         Baru2 ni sekempulan pengkaji bencana silam di indonesia tlh menemui sebuah gunung yg dipercayai trbentuk dari struktur sebuah piramid.Pasukan ini memulakan pencarian berdasarkan fakta-fakta sejarah kuno ttg peradaban canggih yg terdapat di nusantara termasuk Malaysia. Mereka juga tlh menemui beberapa lg gng yg berstruktur aneh iaitu tidak seperti gunung semulajadi.Menurut mereka lagi kemungkinan besar piramid-piramid tersebut berusia jauh lebih lama drp piramid di mesir,kenyataan tersebut berdasarkan ujian karbon dating yg dijalankan ke atas sampel pasir yg terdapat didalam  gunung trsebut.
         Piramid-piramid tersebut di tutupi tanah dan tumbuhan setelah kejadian banjir besar yg telah menenggelami hampir kebanyakkan daratan di nusantara.Selain dari itu nusantara juga telah mengalami beberapa bencana-bencana besar yg lain sepert  tsunami,gempabumi dan gunung berapi,yang memecahkan tanah besar nusantara yg dulu dikenali sbg Sundaland.Maka terbentuklah Malaysia,Thailand dll
         Penemuan 2 ini bermaksud bahawa peradaban di nusantara adalah lebih tua dari peradaban di mesir .Kemungkinan besar piramid yg terdapat di Mesir adalah ilham dari lawatan sambil belajar mereka ke Nusantara.Ini juga bermaksud bahawa kemungkinan terdapat piramid di Malaysia adalah 50-50.
        BESOK JANGAN PULAK TERKEJUT .TENGAH MENYANGKUL BELAKANG RUMAH ,TECANGKUL KEPALA MUMIA.