Saturday, April 6, 2013

SOUND DIA ROSAK...

Di sebuah hospital kerajaan di selatan tanahair,seorang warga emas sedang menunggu giliran.Dari tempat duduknya dia melihat banyak ambulan keluar masuk hospital.Ambulan-ambulan tersebut menurunkan pesakit -pesakit yg nampaknya sangat tenat dengan wayar berserabut ditambah pulak ramai sanak saudara yang mengiringi pesakit-pesakit tersebut .Ada juga pesakit yg di tolak atas kerusi roda .Warga emas tersebut hairan dengan keadaan tersebut maklumlah dekat klinik desa di kampungnya dia tak pernah tengok keadaan tersebut lagipun inilah pertama kali dia ke hospital besar.dia pun bertanyalah dengan seoran warga emas berbangsa india di sebelahnya.

warga emas 1: aci apasal diorang nampak kalut-kalut sangat tu ?

warga emas 2: oooh...itu kecemasan punya tempat !diorang semua kecemasan punya sakit !

warga emas 1:ya ka !nasib baik saya ada kencing manis saja ,kencing masam belum ada .kalau ini macam itu asam sama jeruk tak boleh makan banyak oooo nanti boleh mati oooo.

Saturday, January 19, 2013

KETULAN EMAS DIJUMPAI BERNILAI HAMPIR 1 JUTA RM

pakcik kayo
Seketul emas yang bernilai AS$ 318,761(RM 960,364)  telah dijumpai oleh seorang pencari emas.Penemuan ini berlaku di Ballarat,Australia.Pencari emas yg bertuah itu menemui ketulan emas tersebut dengan menggunakan peralatan yang berteknologi tinggi.Pada saat-saat awal penemuan ,beliau tidak menyangka ia adalah seketul emas, sebaliknya dia mengjangkakan ia adalah kompenan lama kenderaan.Namun begitu rasa ingin tahu begitu begitu kuat mendesaknya supaya menggali objek yang dikesan oleh peralatanya.Akhirnya tuah menyebelahinya apabila mendapati objek tersebut adalah seketul emas seberat 5.5 kilogram dan berukuran 60 cm panjang yang tebesar sejak Ballarat menjadi pusat penggalian emas .Ballarat menjadi pusat penggalian emas sejak 1850 lagi.Ramai yang menyifatkan penemuan tersebut adalah luarbiasa.Ballarat dijangka akan menjadi pesat setelah penemuan ini

Tuesday, January 15, 2013

CEKUP JANGAN TAK CEKUP

Dicekup asmara dalam kereta
ROSMIZA KASIM(sinar harian)
5 April 2012
Dicekup asmara dalam 
kereta
KOTA BHARU- “Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja, tolong lah...kami janji lain kali tidak akan buat lagi perkara ini.”
Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang.
Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan.
Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan.
Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah.
Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang.
Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk.
Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat.
Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000.
Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota.
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah.

Monday, January 14, 2013

BURGER SCRAMBLE

Burger scramble
Assalamualaikum...malam ni aku rasa malas nak masak,aku ajak suami pergi mini market kat Lembah Sentosa cari apa yang patut,aku tengok ada burger Ramli so aku pun belilah.Balik rumah aku pening ...apa nak buat dengan daging burger ni,pikir punya pikir terbit lah idea nak buat scramble ,biasanya orang buat scramble pakai daging cincang tapi aku tak kira,dah itu je yang ada,antara bahan-bahan  yang aku pakai
  • Telur 2 biji
  • Aji-sho
  • Sos tiram
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Bawang besar
  • Bawang putih
Mula-mula aku goreng daging burger tu separuh masak kemudian aku tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau,lepas tu aku masukkan balik daging burger tu,aku cincang daging tu sambil menggoreng sehingga hancur ,aku masukkan aji-sho kemudian sos tiram,lepas goreng lagi sehingga masak kemudian dah boleh angkat,aku toskan agar tak banyak minyak yang trlekat dekat daging tu sebab suami dan anak-anak aku tak suka makanan yang berminyak,lepas tu aku pecah kan telur kedalam mangkuk dan kacau macam nak buat telur dadar selepas tu aku masukkan daging tadi kedalam mangkuk yang berisi telur tu dan kacau sikit lagi,kemudian aku masukkan campuran daging dan telur tadi tu kedalam kuali yang betul-betul panas .Aku hanya masukkan satu sudu setiap kali goreng sebab nanti senang nak letak atas roti sandwich.Setelah habis menggoreng aku pun letakkan atas roti sandwich dan taruk sos cili dan mayonis dah siap.Suami aku makan dua set ,sementara aku dan anak-anak satu set sorang ,dah settle makan malam kami.Cukuplah untuk malam ni nanti besok aku tulis lagi kalau panjang umur...

VIDEO LANGKAH PERTAMA HADI


Saturday, January 12, 2013

SELAMAT HARI LAHIR HADI

Kek olok olok yg kakak2 Hadi sediakan
Suami dengan angsa yg baru disembelih
 Assalamualaikum ,hari ini genaplah setahun umur Hadi,dia pun dah mula bertatih ,mulut pun dah mula rancak ,nakalnya bukan main tak terlayan aku.Sekarang aku dah mula sibuk selepas sebulan musim hujan merehatkan aku.Suami pun dah mula masuk opis 2 3 hari lepas jadi aku terpaksa mengambil tugasnya di cc pd sebelah pagi.Besok Along dan Irah dah mula ada kelas fardhu ain maka bajet pun kena lebih sikitlah,tapi Allah maha kaya ,hujan pun dah reda so adalah lebih sikit bajet cukuplah utk kami hidup secara sederhana.Hari ni walaupun birthday Hadi ,kami
tak buat apa-apa yg special.Walaupun kami tak menyediakan apa-apa tapi hari ni tiba-tiba mek buat keputusan untuk mengorbankan angsa kesayanganya.Katanya kesiankan angsa tu sebab takde pasangan asyik memanggil  kawan-kawan dia je .Suami pun pergilah sembelih angsa tu so hari ni dapatlah kami makan daging angsa 4 the first time.Mek buat sup ,sedap sehingga menjilat hidung.Tapi yg paling best hati dia,langsung tak sama dgn hati ayam atau itik,hati angsa tak berbau hanyir dan takde langsung rasa pahit.Menurut suami ,angsa ni takde hempedu, puas suami cari tapi tak jumpa.Adakah angsa ini saja begitu atau semua angsa lain aku pun tak tahu.Kalau ada sape-sape yg tahu tlg inform ye!Tapi bila aku surf internet aku dapat tahu yg hati angsa ni adalah gourmet bagi western.Akhirnya dapat jugak aku merasa daging angsa.
Cukuplah rasanya untuk hari ni,besok aku cerita lagi,kalau panjang umur...