Wednesday, January 2, 2013

02 januari 2013(hari angsa)

 Assalamualaikum.......

Hari ni macam hari semalam,hujan belum nampak nak bertenang
gelombang kedua....,cuma hari ni aku bersiap awal .Selepas sembahyang subuh terus siapkan sarapan utk anak-anak alah lempeng dgn nescafe je .Lepas tu terus turun ke rumah mek sebab 
semalam abang dah berjanji dgn mek nak pergi beli angsa.Ada sorang makcik ni ada offer mek seekor angsa dgn harga RM 100 .
Mahal ke ?Biarlah mek kata lama dah mek berhajat nak test daging angsa lagipun kalau ikut harga pasaran lagi mahal,sedangkan anak angsa yg berusia 2 minggu pun dah mencecah RM 150 SEPASANG.Masaalah nye bila dah tengok angsa tu mek dah tak jadi nak sembelih sebab cantik sangat lagi pun ia taklah garang seperti angsa yg selalu aku jumpa.Biasanya angsa ni akan kejar orang selain tuanya tapi yg sekor ni manja dengan sapepun."Nak bagi cucu mek main dulu "kata mek.Walaupun manja, bagi aku baik sembelih aje .Daripada nak kena bagi dia makan lebih baik kita makan dia betul tak?.Hujan -hujan macam ni aku tak tolak rezeki yang datang pulun aje jangan tak pulun tapi nak masak ape ye angsa maklumlah ini kali pertama nak masak angsa  ahh serah pada mek ajelah buat keputusan nak masak apa.Sekarang ni dalam fikiran aku cuma angsa panggang aje yang lain -lain aku tak tahu buat, satu lagi bab buang bulu angsa, potong dan bersihkan angsa ni aku rasa suami aku ajelah yang handle aku malas dan tak reti nak buat.Aku rasa cukuplah dulu cerita hari ini nanti dah dapat resipi nak masak angsa tu aku sharelah.

No comments: