Gambar
bogel jerat diri
NOOR’AINON
MOHAMED YUSOF
9 Januari 2013
Wong menceritakan
ketelanjurannya menghantar gambar bogel di internet kepada Fook Chye,
semalam.
KAMPAR – Tindakan menyerahkan gambar bogel kepada seorang wanita yang
baru dikenalinya melalui laman sosial WeChat akhirnya menjerat diri
sendiri apabila dia menjadi mangsa ugutan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 20, berkata, dia mengenali
wanita tersebut beberapa hari lalu sebelum bertukar maklumat dan berbual
di internet.
Katanya, dia tertarik untuk mengenali wanita terbabit yang mempunyai
wajah persis artis Hong Kong berdasarkan gambar profilnya.
“Ketika berbual, kami berjanji untuk saling bertukar gambar bogel
sekadar untuk berseronok. Selepas saya serahkan gambar bogel saya,
wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya pula.
“Bimbang perkara ini diketahui oleh ahli keluarga, saya merayu kepada
dia untuk serahkan kembali gambar itu tetapi dia beri pelbagai alasan
tidak munasabah,” katanya selepas membuat aduan kepada Adun Keranji,
Chen Fook Chye di sini.
Menurutnya, wanita terbabit mengarah untuk bertemunya di Ipoh dan
memaksa membayar wang berjumlah RM500 jika tidak mahu gambar bogelnya
disebarkan melalui internet.
“Wanita terbabit turut memaksa saya memuaskan nafsunya jika mahu gambar
saya dikembalikan. Tidak berakhir di situ, saya menerima panggilan
daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa wanita terbabit.
“Lelaki itu mendakwa saya sengaja hantar gambar lucah pada anaknya
selain mengugut membuat laporan polis.
Saya tertekan dan takut,” katanya.
Wong berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kampar setelah tidak
tahan dengan ugutan wanita terbabit.
“Saya bimbang gambar bogel saya akhirnya tersebar di internet. Saya
menyesal dengan tindakan tidak bijak saya ini,” katanya.
SUMBER:::SINAR HARIAN ONLINE
BUNGA KANTAN:::kan dah terkena