Monday, January 7, 2013

SIAPA MALAIKAT ITU ?

Suatu hari, seorang bayi menerima perintah dari Allah :" sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunai". Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bayi itu bertanya kepada Allah: Selama ini ada malaikat yang menjagaku, dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia... Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuku yang kecil dan lemah ini?" Lalu Allah menjawab: "Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti". Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi:" Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika didalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?" Lalu Allah menjawab :" Jangan takut. Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan disayangi. Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: "aku tidak memahami bahasa mereka dan apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka? "Lalu Allah menjawab:" Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia kan mengajarmu untuk berbicara." Bayi itu bertanya lagi: " dan bagaimana caranya akan aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?" Lalu Allah menjawab : "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti". Bayi itu terus bertanya:" Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi siapa yang akan melindungiku nanti?" Lalu Allah menjawab :'"Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya". dengan sedih bayi itu bertanya lagi." Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan- Mu lagi...".Lalu Allah menjawab :" Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku pada mu. Malaikat itu akan memberitahu engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu." Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi bertanyakan soalan terakhir: Jika sudah terpaksa aku akan pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakan nama malaikat yang Engkau maksudkan itu ??" Lalu Tuhannya menjawab : "Ibu! Ibu yang melahirkan engkau.....

Hargailah Malaikat yg Allah kurniakan terhadap kita

sumber;mastika

No comments: