Monday, December 31, 2012

RAMAI ARTIS YANG BERHIJRAH KE JALAN ALLAH PADA 2012

Sorotan 2012 - Penghijrahan: Artis & hijrah
Wartawan Sinar Harian
31 Disember 2012
Melissa 
Saila
Melissa Saila
Pelakon, Yatt Hamzah
Pelakon, Yatt Hamzah
Shila Amzah - Sharifah Aleya
Shila Amzah - Sharifah Aleya - Foto KKSB
Tahun ini menyaksikan ramai selebriti membuat keputusan berhijrah. Punya kisah tersendiri, penghijrahan mereka mendapat sokongan dan pujian ramai peminat. Apa jua keputusan mereka untuk berhijrah, sama-samalah kita mendoakan agar ianya terus berkekalan dan mendapat hikmah dari yang Maha Esa.

Yatt Hamzah
Pelakon ini nekad berhijrah setelah melakukan solat Taubat. Ketika bersujud, dia mendapat gambaran api neraka yang memanggang wanita mendedahkan aurat. Sejak itu, Yatt bukan sahaja 'bertudung', bahkan dia juga banyak menyertai majlis-majlis ilmu agama.

Ayu Raudhah
Ipar duai kepada pelakon terkenal, Rita Rudaini ini mula mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu. Malah dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Natasha Hudson
Pelakon Cinta Luar Biasa ini, bertudung sejak menjejakkan kaki di Tanah Suci. Di rumah ALLAH itu juga, dia menerima hidayah yang sangat manis. Kini, Natasha, 29, mengakui semakin selesa dan tenang
dengan penghijrahan yang dilakukan.

Shila Amzah
Anak dara ND Lala ini mula memakai tudung sejak awal Ramadan lalu. Sekadar suka-suka, penyanyi terkenal dengan lagu Patah Seribu ini terus nekad berhijab. Penghijrahannya membawa pelbagai hikmah apabila dia melakar kejayaan sebagai penyanyi.

Enot
Selepas kontroversi demi kontroversi, pelakon Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, membuat keputusan untuk berhijrah sejak sebulan lalu. Tidak pernah merancang untuk bertudung, Enot bagaimanapun memberitahu, ianya berlaku secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur.

Nurul Syuhada
Personaliti TV3 popular ini mengambil keputusan bertudung di usia 28 tahun. Keputusan itu dibuat selepas dia mengerjakan Umrah pada Januari lalu.

Melissa Saila
Pada Jun lalu, pelakon Melissa Saila tampil dengan imej bertudung. Bukan atas desakan sesiapa, anak kepada primadona terkenal, Mariani ini menjelaskan, sudah tiba masanya untuk berhijrah. Sejak itu,
rezekinya semakin melimpah ruah. Dari seorang pelakon, Melissa kini bergelar penerbit.

No comments: